♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, March 25, 2018

Sebelum cuti sekolah berakhir...

Sian anak-anak... tak berjalan pun sepanjang cuti sekolah ni. Mama dan ayah busy bekerja. Niesreena dan Naufal duduk kat rumah jer. Nak balik kampung pun tak boleh sebab Niesreena tuisyen.

So, sebelum cuti sekolah berakhir, kebetulan ayah pun ada kerja kat Kinrara ni... So, kitorang pun ikutlah sama. Kinrara Resort ni memang tempat favorite kitorang sebab swimming pool dia betul-betul depan bilik. Dan kitorang biasanya akan request favorite room kitorang. Dan biasanya memang dapat.

Budak sorang ni mengikut jejak kakak dan abang dia... Memang suka giler main air. Kitorang plak yang risau sebab baby Neeyaz nak lepas dalam kolam. Huhuhu...

Baby Neeyaz... kalau nampak kolam memang tak sabar-sabar nak terjun! Nak-nak sebab bilik memang berdepan dengan pool. Hmmm... dari dalam bilik dah bising nak ke pool.

Alhamdulillah... diorang seronok walaupun dapat bercuti sekejap dan dekat jer kali ni.

Tapi kali ni ada incident yang memang buat aku berdebar dan cemas giler. Maklumlah musim cuti sekolah ni memang ramai orang.

Macam biasa, lepas sarapan Niesreena dan Naufal nak ke kolam. Enche Neezam dah gi kerja. Aku pulak nak bagi Neeyaz makan. So, aku bagi Niesreena dan Naufal gi mandi dulu. Lepas baby Neeyaz makan, aku akan menyusul.

Bilik kitrorang mengadap kolam kanak-kanak. Niesreena dan Naufal nak mandi kat tempat dewasa. Aku ok kan ajer sebab Niesreena dan Naufal dah pandai berenang. Dan diorang biasanya akan mandi and take care of each other. So, diorang pun gi mandi kolam dulu sementara aku bagi baby Neeyaz makan.

Tak berapa lama lepas tu, masa tengah suap baby Neeyaz makan, aku tengok orang ramai kat kolam kanak-kanak tu berlari ke kolam dewasa. Dan dengar ada budak jerit, "ada budak lemas!".

Ya Allah!

Terus kepala kat Niesreena dan Naufal.

Aku terus dukung baby Neeyaz dan berlari tak cukup tanah ke kolam dewasa.

Aku nampak orang ramai dah berkumpul kat tepi kolam.

Hati aku berdebar-debar dan badan mula menggeletar.

Dalam ramai-ramai tu aku nampak kelibat Niesreena dan Naufal, saling berpegangan tangan. Terus aku berhenti berlari... terasa lega... tapi badan masih menggeletar... rasa nak jatuh pun ada...

Ya Allah! Bersyukur sangat... Niesreena dan Naufal selamat.

Alhamdulillah...

Terus aku dapatkan Niesreena dan Naufal dan peluk diorang. Tak dapat aku bayangkan kalau anak-anak aku yang malang tu.

Aku nampak budak yang lemas tu terbaring disebalik orang ramai. Lebih kurang besar Naufal. Tapi parents budak tu macam tak der kat situ. Terdengar orang cakap, "anak kak Daxxxx, anak kak Daxxxx..."

Ya Allah! Mana mak bapak dia?

Aku tak henti berdoa agar budak tu selamat.

Kejap tu budak tu tersedar dan menangis. Alhamdulillah...

Budak yang lemas tu antara orang datang ke hotel tu dalam group yang ramai. Semua pakai baju sama. Aku rasa diorang ada family day kot kat hotel ni. Tapi macam mana sorang pun tak boleh tengok-tengokkan budak tu. Takkan dalam ramai-ramai tu, tak nampak budak tu hampir lemas? Dan mana perginya parents dia?

Insiden ni memang bagi pengajaran pada aku.

Walaupun Niesreena dan Naufal pandai berenang, aku tetap akan tengok diorang bila diorang mandi kat pool. Malang tak berbau. Aku tak nak menyesal di kemudian hari disebabkan sikap sambil lewa atau malas.

Waktu tu jugak aku sedar betapa aku tak boleh kehilangan ketiga-tiga anak-anak aku.

Ya Allah! Lindungilah anak-anak aku... jauhilah mereka dari segala mala petaka...
Ameen...

1 comment :

Unknown said...

salam kak julie,

boleh tau x mcm mana nk request room type yg betul2 depan kolam n boleh access dr bilik ke pool terus?ade nama bilik dia ke mcm mana..sbb anak2 sy suka mandi sini jgk..tapi aritu dpt bilik yg ngadap pool cuma xleh access direct ke pool..kena pusing jauh..
kalau x keberatan boleh kak julie share cmne nk request bilik yg mcm akak request ni

thanks in advance
-sarah

back to top