♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 7, 2018

Day 3 | The Haven memang best!

Hari terakhir kat sini. Hari santai-santai dan berehat-rehat. Baru ada masa nak explore sekitar The Haven ni. Semalam sempat jugak bawak Niesreena dan Naufal turun swimming sekejap. So, hari ni swimming lagi sebelum check-out.

Environment restauran kat sini pun best. Ada cermin besar yang membolehkan kite tengok kat luar. Nampak kehijauan yang mendamaikan.

Makanan pun sedap.

Baby Neeyaz pun makan jugak. Mama dah sediakan bubur carrot.

Lepas breakfast, kitorang decided untuk jalan melalui track yang disediakan. So dapatlah melalui satu bulatan tasik sambil menikmati keindahan hutan. Enche Neezam lepas subuh pagi tadi dah sempat jogging beberapa pusingan.

Lepas tu barulah terjun kolam! Kalau korang nak tahu, swimming pool kat sini berbentuk kuda laut.

Swimming pool besar. Cuaca okay. Orang pun tak ramai. Memang best!

Swimming pool lengkap dengan spa.

Dan water slide.

Selain tu ada banyak lagi facilities kat sini seperti sauna dan gym.

Overall, the Haven memang best. Lokasi best, apartment pun selesa. Insya Allah, ada rezeki nanti kite ke sini lagi yer.

No comments :

back to top