♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 5, 2017

Naufal lari 80 m @ hari sukan sekolah

Semalam aku dan Niesreena berkesempatan ke sekolah Naufal sempena Hari Sukan Sekolah.

Naufal masuk acara larian 80 m lelaki tahun 2.

Aku ambik video untuk enche Neezam yang tak dapat sama-sama hadir untuk tengok Naufal lari.

Memula elok jer Naufal lead nombor 1. Tetiba...

Aiyoooo... kasut boleh tercabut plak!

Dari nombor 1 terus ke nombor 4.

Habis acara, bila tahu dapat nombor 4, Naufal terus monyok.... bad mood.... sedih.

Menonong jer nak balik...

Tak per lah Naufal. Ni baru permulaan.

Apapun, mama dan ayah tetap bangga dengan Naufal. Halfway Naufal lead. Kalau tak sebab kasut tercabut, mesti Naufal dapat jadi juara. Tapi tak per lah... tak der rezeki. Mungkin tahun depan ye sayang...

No comments :

back to top